
Antara Aspek PLOT Terminal Tiga---->
Antara peristiwa pada peringkat permulaan cerita dalam novel Terminal Tiga ialah peristiwa jerebu yang melanda Lembah Klang yang menyebabkan beberapa penerbangan kapal terbang ditangguhkan termasuklah penerbangan Rimpa ke Kota Kinabalu. Hal ini menyebabkan pembaca tertarik untuk mengetahui peristiwa seterusnya apabila Rimpa terkandas selama beberapa jam di lapangan terbang Subang. Selain itu, peristiwa Rimpa mengimbas kembali kata-kata emaknya yang memintanya pulang ke kampung untuk mencari ayahnya yang dikatakan berada di Nabawan setelah 10 tahun meninggalkan mereka merupakan permulaan cerita dalm novel ini. Rimpa sendiri tertanya-tanya dan tidak tahu mengapa ayanya bertindak meninggalkan mereka. Peritstiwa ini mendorong pembaca untuk terus membaca novel ini untuk mencari jawapan mengapa ayah Rimpa bertindak demikian.
...sejak akhir2 ni, aku membelek kembali novel-novel lama yang berada di kepala katil ku..setiap malam, sebelum tido, aku akan menghabiskan himpunan cerpen 'Kelapa Nan Sebatang' dan 'Cerita Seorang Seniman' yang menjadi kegemaran aku ketika dahulu..malam ni, satu lagi novel yang pernah menjadi kegilaan aku dulu..tapi sekarang menjadi edisi pelajar untuk Tingkatan 4, iaitu Terminal Tiga hasil karya Othman Puteh..ketika aku masih di sekolah menengah, dan mengikuti beberapa majlis sastera di sekitar Terengganu, aku pernah berjumpa dengan Othman Puteh dan sempat bergambar dengannya..dia antara penulis peberet aku ngan member aku, Suda...aku dan Suda memang minat gila karya2 yang menjadi buku belajar ni, selain Shahnon Ahmad, Khadijah Hashim, A Samad Said, Hasanudin Mad Isa, Keris Mas dan Fatimah Busu.
Malam ni, my nephew..Along, dier datang umah nak suh buatkan summary Bahasa Inggeris dier, dan ditangan dier aku nampak buku yang kire cam familiar ah..Terminal Tiga..wargh..Along minat gak novel2 ni..jarang skit kalu nak tgk lelaki baca novel..tapi mungkin dier baca sebab dier blajo novel tuh..tapi aku nampak banyak gak dier angkut novel aku bawak balik umah dier, nak baca katanya...

ahhaha..lawak nye gambo aku jaman lama..itu Suda yang pegang buku autograph..haha..siap amik signature lagik..aigooo..tapi Othman Puteh so tall and white..kekeke..sangat murah dengan senyuman dan rendah diri..
2 comments:
pergghhh..muka jurruh giler time ni..huhuhu
ada satu lagi kompilasi cerpen2 ting 5..sebening nape? aku lupa tajuk. tp ada karya fatimah busu..best sangat ceta tu..
tok
oooo..sebening putih ke??rasa cam penah dengo..tapi kalu himpunan cerpen2 untuk edisi pelajar mesti ada fatimah busu...
Post a Comment