Tuesday, June 4, 2013

tanbihul ghafilin

peringatan bagi yang lupa

Manusia diciptakan oleh Allah S.w.t dengan sifat semulajadi iaitu bertabiat resah gelisah lagi bakhil kedekut. apabila ditimpa kesusahan , dia sangat resah gelisah. dan apabila beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. dengan sifat dan tabiat ini sekiranya Allah berikan kepadanya pelbagai kenikmatan dunia maka dengan mudahnya ia lupa, sombong bahkan berasa takbur seakan-akan ia merupakan kejayaan yang datang atas hasil jerih payahnya sendiri. makhluk bernama manusia ini tidak sedar bahawa segala nikmat yang beri oleh Allah SWT merupakan kurniaan yang hendaknya digunakan untuk kemaslahatan dan kebaikan semata.

Walaupun demikian, sifat dan tabiat buruk itu tidak berlaku atau ianya dikecualikan bagi mereka yang sentiasa tetap dalam mengerjakan solat, mereka yang mengasingkan bahagian hartanya kepada orang-orang yang maklum iaitu untuk orang miskin yang meminta dan menahan diri. Dan mereka yang percayakan hari pembalasan dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai bukti, dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya serta menjaga kerhormatannya.