Wednesday, May 30, 2007

34.A bad or A good teacher..

A bad teacher is negatively pessimistic
A good teacher is positively optimistic
A bad teacher swears all the time
A good teacher cares in their prime
A bad teacher passes on rude fear
A good teacher has on good ears
A bad teacher discourages
A good teacher encourages
A bad teacher despairs
A good teacher prepares
A bad teacher likes to bitch
A good teacher likes to teach
A bad teacher shouts every moment
A good teacher scouts for every talent
A bad teacher is up for crude devices
A good teacher is up for good advice
A bad teacher lets students fight on in the dark
A good teacher sets students on the right track
A bad teacher feeds on their looks
A good teachers reads many books
A bad teacher sings along with wrong faults
A good teacher brings along the right results

33.Under My Umbrella











i'm listening to new song by Rihanna, umbrella..fuhh..soooo kewl dowh!! rasa cam nak dengar slalu2 je lagu ni sebab best giler..

Monday, May 28, 2007

32.My Nephew and His Friend












aiman (max) and mamat (lanny) from lizzie mcguire..crita dowang ni mencuri jambu kak esah..kakakka...




aiman and mamat..aku ske tengok dowang ni kalau aku balik umah aku kat kg macam characters 2 orang budak lam lizzie mcguire tuh..sape? max and lanny..yang lanny tu bisu kot xleh bercakap..kalau yang max ni plak suke sangat buat mende2 yang mak dier marah..hah..lebih kurang sama lah perangai 2 org kat atas tu..aiman is my nephew, macam max..mamat plak jiran dier, just like lanny..hehhe..dowang ni bikin hura-hara ar..

31.Karnival Sukan Guru

sesuke hatilah aku mengutuk geng2 rodong aku..hehhee..rodong tu gape? kene tanya kakzu ler..aku x tau..reka sendirik nyer perkataan..
aku nak uploadkan gambar saing-saing rodong aku masa karnival sukan guru bebaru ni tapi x manyak gambar..

kak zie ngan muke serius ala-ala nazir mengobses guru pra...masuk ke bola tuh?kui kui kui

kak zu ngan kembang hidungnye meyervis bola ping-pong..pro je napok!!!

Sunday, May 27, 2007

30.x layak masuk af musim 6..whyyyyyyy?

kenapa dowang ni xleh masuk akademi fantasia 6..kenape? cuba anda bagi alasan..xyahlah..biar aku je bagi sebabnye..huhuhuhu...


calon pertama=zulina..hehhehe, xlayak..eliminated trus, baru nak amik beg nak packing baju, orang astro tepon, cakap "maaf cik, cik lebih umur.." wakakaka..ni pegang cangkul ni, masuk akademi cangkul bleh kot...wakakakakaka..

calon kedua=imah= control skit, ni mesti gedikss xleh masuk af..walaupun suara sedap tapi xleh masuk sebab melihat spek mata, aku dah tau gedik..wakakkaka..sori sori..bukan gedik. kenape imah xleh masuk? astro tepon cakap " adik, keje skolah dah buat?" alamak..tak cukup umur plak..huhuhu..nampak sangat kecewa..




calon ketiga, sarah..ala-ala dafi ni, hehehe..pemalu ar tu konon, pegi menusuk disebalik sepek mate tu, memang xleh masuk af trus..sebab ape astro cakap " sarah, ko kene pose macam ziana zain, apsal ko pegik sembunyi kat blakang cameraman tuh.." huk aloh..
calon keempat nor/pinnochio..hehhe..kalau ngundi sms diri sendirik, nanti orang cakap mintak sponsor plak..xleh xleh..x layak masuk af sebab tepon koman..ahahhaha

huhuhu..calon kelima musim ini, muke ala-ala gansgter kg dusun..ismail majid sungguh..kalau macam ni nyer muke gangster, memanglah xleh masuk af..nanti pengkritik nak bagi komen je..trus dier suh balik..wakakkaka

sayalah yang paling layak..saya cute lagi cun..saya mesti menang af musim ke-6, 7 dan 8...

eleh..kowang semua ni perasan plak..aku lagi layak..sebab mata aku kuyu ala silvertone stalen.. mestilah aku yang menang af..

Friday, May 25, 2007

29.Huhuhu..Blake Kalah jugak!!


Blake Lewis
Age: 25Hometown: Bothell, WA
Beatbox superstar Blake has elevated the Idol competition to a whole new level this season //with his unique performances laden with hip-hop beatbox beats that America is loving. Blake, who auditioned in Seattle, says he first performed at age 5.


It is somewhat surprising to learn that this contestant actually owns K-Fed’s album, but after Blake won the judges’ hearts on the Idol stage, America had nothing to do but take notice.


The 25-year-old, who dreams of singing onSaturday Night Live, has performed highly unique versions of 311’s “All Mixed Up,” Jamiroquai’s “Virtual Insanity” and Keane’s “Somewhere Only We Know” in the weeks leading up to the Top 12 cut.

huhuhu..kalah gak ngan jordin sparks..tapi xpelah..mungkin nasib x menyebelahi blake..dan mungkin undi tak masuk kot..ahahhaa..ader gak cam akademi fantasia nyer gimik..huhuhuhu..lawok lawok..

Wednesday, May 23, 2007

28.Ebi..AF5




ebi kat radio era..aku amik gambo ni kat satu blog lagi..


27.Le Parkour!!!

Art of Movement....


permainan extreme yang guna fizikal dan ketahanan badan manusia, memerlukan kekentalan dan kekuatan tubuh, lari sekuat mungkin, buat aksi dekat pagar, lompat bangunan, lompat jambatan, keliling tiang, buat acara musing ketang...sehingga james bond pong x dapat kejar penjahat lam royale casino...aksi ni juga leh dilihat dalam madonna nyer video jump...best siot!!!

Tuesday, May 22, 2007

26.Sanjaya Malakar

american idol 6..look back at Sanjaya Malakarni, kalau sanjaya menang american idol ibarat akademi fantasia lah...muke cute bak dafi..nasib baik out!! tapi muke cute giler..suara ala-ala control gitu..




yahoo..BLAKE leh masuk akhir!!



Blake Lewis and Jordin Sparks.


Monday, May 21, 2007

25.Siapakah Orang Itu?


1. Siapakah orang yang sombong ?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahusujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhansekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit padaTuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
2. Siapakah orang yang telah mati hatinya ?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melaluiayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
3. Siapakah orang dunggu kepala otaknya ?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itudan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
4. Siapakah orang yang kuat ?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia didalam kemarahan.
5. Siapakah orang yang lemah ?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanyatidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
6. Siapakah orang yang bakhil ?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untukmembaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
7. Siapakah orang yang buta ?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akankebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.Siapakah orang yang tuli ?Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baiknamun tidak diendahkannya.
8. Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
9. Siapakah orang yang manis senyumanya ?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibahlalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil erkata,"YaRabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
10. Siapakah orang yang menangis airmata mutiara ?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
11. Siapakah orang yang kaya ?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidaklupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
12. Siapakah orang yang miskin ?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasamenumpuk-numpukkan harta.
13. Siapakah orang yang pandai ?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannyakerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.
14. Siapakah orang yang bodoh ?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untukdunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
15. Siapakah orang yang maju dalam hidupnya ?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasamempertingkat ilmu agamanya.
16. Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya ?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
17. Siapakah orang yang gila itu ?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya duasyarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
18. Siapakah orang yang rugi ?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masihberat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
19. Siapakah orang yang selalu ditipu ?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematianitu berlaku hanya pada orang tua.S
20. iapakah orang yang paling cantik ?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
21. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas ?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
22. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amalkebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
23. Siapakah orang yang mempunyai akal ?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelakkerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksaneraka.
24. Siapakah org yg bijak ?
Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar mesej ini begitusahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org lain.

24.Pramugari Koma diTanah Suci

kat bawah ni adalah crite yang aku amik dalam email aku yang dihantar oleh my really good friend, ailisa aka aidaliza..slalu sangat bagi nasihat kat aku ngan ceramah2 dan crite2 nasihat dier..so aku pong nak kongsi ngan kekawan lain sebagai renungan...:
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah sayamenguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagaipengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyakperistiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakansampai bila-bila.Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa sayamenguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun danmasih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itusaya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian diSekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya diMekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupunmasih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskanjemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombonganhaji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas.Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakanhaji.Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kamimenuju ke Madinah.Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kamisampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliranwanita terbabit.Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumiMadinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.Sebagai orangyang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju kearah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yanglain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semuajemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku."Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepattolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa,kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yangterletak tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ketempat penginapan masing-masing.Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namunsemuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagikoma.Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Sayaterpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan.Namundalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untukmengetahui perkembangan wanita tersebut.Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepasdua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas,maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasiseperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, makawanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannyaberbanding hospital madinah. Namun usaha untukmemulihkannya masih tidak berhasil.Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untukmengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi keJeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahuoleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusanuntuk menunggunya di hospital.Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Darisudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluksaya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu sayaterkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja diatiba-tiba menangis??Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan..kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-bendayang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betultaubat.""Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masihterpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawabpertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepadasaya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambiliktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga,kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islampada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak taksembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepakterajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan."Habis yang kakak pergi haji ini?""Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juganak pergi.""Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Adasesuatu ke yang kakak alami semasa akit?" tanya saya lagi.Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,"Mazlan...Allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa komatu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segalakesilapan yang telah kakak buat selama ini."Betul ke kak?" tanya saya, terkejut."Betul mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allahtentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukanbalasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumurhidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak di tarikdengan bara api.Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.""Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit denganpenyepit yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus,jatuh ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukanmain.Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalamapi itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikanpesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terusbercerita.Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Diatidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripadahukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yangamat pedih.Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyakbercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakakdiseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa sepertinak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...takboleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus meraung,menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannyadahulu.Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitusekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ninama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segalamacam dosa besar.Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasatidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduritajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlumakan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan sajabuah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai keperut, ia menikam pula perut kakak.Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan puladuri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis sajabuah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api.Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badankakak rasa seperti terbakar hangus.Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidakakan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak mintaminuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuatdari nanah.Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangatdahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernahkakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguhkebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allahsupaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untukhidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umatyg soleh.Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampungsegala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu mahaagung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripadabalasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akankita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhiratkelak.Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah."Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedihmacam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagikesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis.Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanyake Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya takhenti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktumaghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyangsubuh."Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jagajuga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya."Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makansemasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalamMasjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannyadahulu.Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkandosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadahdan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadisaya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hinggamengabaikan kesihatannya."Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azabtuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu,Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau adaperempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah padamereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasaiseksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasadiazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiapsehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada oranglelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakakini, bermaknakakak mendapat 10 dosa.""Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalauseorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakakdapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itusehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah...""Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolongdari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buatibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tuIslam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja,kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentangwanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yangbenar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanyadiazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar.Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azabyang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakahia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapatmembuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudahmeninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahupercaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Akumenyesal..." itu dah terlambat.REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGANWAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUMSAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Sunday, May 20, 2007

23.siti nurhaliza seksi..

x kuasa aku nak tengok gambo seksi siti nurhaliza ni..dah berduet ngan datuk K skrg, makin seksi giler..menyampah plak..

anak tiri siti ni pong ntah aper2, saing2 semua mengong seksi..

22.man utd kalah..huk aloh!!

huh..kaloh jugak manchester united..kalu main masa tambahan gitulah, mesti bengong!! kire macam dok kire ar gol ryan giggs smlm erk? xpe ar....
tapi gol kat gambo atas ni, kire dok? ke dok kire? hehhehe..lantok le...
tapi smlm nampak keeper tu takap bola luar garisan, pahtu dier ditolak kot..napok macang..ke dok betul?tapi aku sokong manu..
xpe xpe..asal man utd juara liga doh lah..
fergie pakai kot ader bunga ros smlm? klako nye..huawhahaha..
cristiano ronaldo sangat kuciwa..huk huk huk..

21.Akademi fantasia 5 berakhir jua!!

Kau pergi jua setelah cinta ku kini membara…waduh waduh..enak bangat gitu!!
Ok..nak crite pasal af5 lah ni, yang dah berakhir smalam, dengan konsert biasa2 jelah..walaupun mila menang dan memecah rekod af sebelum ni kerana juara perempuan tapi macam crowd kurang je smalam..apsal hah? Mungkin aku tgk kat umah je , so tak happeninglah kot. Tapi smalam aku frust giler sebab aku nak tgk bola, man utd lawan Chelsea, kene tgk af sebab member ader join skali kat umah..si pinochio tulah..paksa aku tgk mende alah af tuh..so terpaksalah..dok dap pong!!
Tapi walaubagaimanapun, aku bangga gaklah sebab pompuan menang smalam walaupun persembahan kesemua peserta just ok je..bulehlah diterima daripada xde.


Song Performances:
1. Ebi - Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) – by Jinbara2. Mila - Cinta Pura-Pura - by Ezlynn3. Aswad - Mata Hati Jiwa - by Awie4. Heliza - Cinta Boneka - by D-Va5. Candy Dedebu Cinta - by Misha Omar

New single from every student (New Song)
1. Mila - Persis Mutiara (Song and lyric by Ajai & Loloq)2. Heliza - Cinta Di Lautan Lalang (Song and lyric by Aidit Alfian & Loloq)3. Candy - Demam (Song and lyric by KRU)4. Ebi - Sinar Cinta (Song and lyric by M.Nasir & Loloq)5. Aswad - Bila Mati Cinta Terhenti (Song and lyric by Razman Riza & Mukhlis Nor)


Persembahan pertama dimulai oleh Heliza yang menyanyikan lagu Cinta Boneka-DVa, tapi aku memang x berkenan betul baju cicakgirl yang dipakainya smalam, gile betul baju macam tu. Tahap confident bereh doh, tapi baju plak buat spoil..hampeh!! tapi sore dier bleh tahanlah..ni aku sokong gak ni.. sebab orang ganu!!! Inilah yang dikatakan undi kenegerian kot..tapi smalam aku undi gak, mila satu, heliza satu sebabnya aku dah tahu dah mesti mila jadi jore..tapi debor gok nak tunggu result..perghhhh!!

Persembahan kedua oleh Aswad..ni aswad, hang nyanyi ka buat lawak apa? Aku memang x berkenan langsunglah smalam aswad nyer vocal, sebab lagu korban cinta tu, sedap gile sore die tapi smalam, aku macam nok katok katok tv umah aku, boring..boring..lagu x sedap, mendatar je..boringlah…

lepas tuh, sorang demi sorang pelajar af buat persembahan, diikuti mila yang nyanyi lagu dier sendiri..tajuk pemende hah? persis mutiara? korang dengo sedap ke? aku macam dengo x sedap pong..juara ni? eleh..memanglah, dah promo kan main lagik, pengkritik pong nampak macam nak bagi mila tu menang, so bile turn mila nak buat persembahan, aznil panggil nama mila bagai nak pecah dewan..strategi, saiko nak suh mila menang nampak jelas..tapi lantak ar, yang penting aku nak perempuan menang, x kire ar sape...

persembahan ebi terlampau over untuk lagu farhana-jinbara, ntah ape2..kalau aku juri pong aku x bagi lampu..lampu suluh pong aku x bagi..pegi potong rambut apsal? aku ske rambut kerinting dier..hilang magik trus..pangggggg!!!!!
ni,aznil ni..astro pong kalau nak buat farewell party, buatlah kemedian, aku nak tgk konsert pong x senang, asyik tgk muka aznil je..sadis nyampah pun ader..memanglah aznil tu one in the million, tapi tunjuk dier manyak sangat smlm, aku boring r...nasib tamil x best...huk alohlah...hok paling best smalam kat konsert, persembahan pancaragam..tapi kalau amik skolah pompuan yang menang kat international tuh, mungkin akan lebih best..sebab smlm nye pancaragam macam katun...cheerleading girl? quite interesting gok ar, buat cheer2 macam tu kan..kenang sungguh kata adik aku..hehhee..

mamat khalid buat rambut mohawk..lawok2. lain kali jangan panggil ini mamat khalid..dok berahi aku!!!

smalam heliza nyanyi lagu mila? huk aloh mesti ngafal lagu tu time praktis sama-sama..tapi lagu heliza, mila ngan candy sedaplah jugak..cuma lagu mamat2 dua orang tu x best..pangggg skali lagik..dok sungguh!!!!

MILA juara akademi fantasia musim ke-5..konpem!!!

Thursday, May 17, 2007

20.sinetron bukan cinderella..

INILAH PEREBUTAN DIANTARA SARAH AND ZULINA, ANTARA RANDY DAN PEITER..perebutan diantara teacher sarah dan teacher zulina yang sangat hebat sekalik..sarah kagum apabila randy bermesra-mesraan dengan lia..wah cumel bangat!! zulina mengagumi kegantangan wajah pieter..(gantang kok)..mereka saling menafikan yang siska tidak patut menjual bakso didalam sinetron ini...patutkah siska menjual bakso dan andri menjadi peguam untuk lia dalam memilih siapakah pasangan yang idel untuk dia? jawabannya..masakan bidadari ada dirumah mu kerana bidadari ada dirumah ku jugak..


U all tau x yg lia n randy emang pacaran satu ketika dulu? Dan randy tinggalkan lia untk cewek lain n kawin pula dgn yg lain juz feb lpas...bila tengok muka lia rasanya tau gimana prasaan nya dtngglkn sahrul uhukuhuk..

pokoknya, apa-apaan sih, begitu saja ceritanya..seperti sediakala..brengset!!!


ini komen aku => dok dat, dok dat lasung..per cite bawang merah bawang putih gok..dok dat...pahtu cite ratapan anak tiri siska pulok jadi baik jual bakso, dok dat lasung cite ye, arap bakso je sedap sket.. pahtu cite bukan cinderella pulok, dok dat gok,..aku boring tengok cite indon..baik aku tengok nora hendon buat kek lagi bagus..wakakaka

19.pencinta SHAWAL
















inilah kak zu yang suker bebeno ke shawal tuh..kalau dengo heliza nyanyi, harus tutup linger..berkkk...koya!!!

18.Gerard Way,MCR




ganas muker...

17.Kiamat!!!!

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari~ dah jadi dah...2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."- Sahih Muslim~ dah nampak dah ...skodeng lagi. 3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah ~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.~ memang dah nampak dah...5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu6) Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani ~ george bush8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ~ tak caya gi tengok...11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie... 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad ~ tengok kes peperangan Iraq13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjirTOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN2 LAIN! Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

16.SUARA YANG DIDENGAR OLEH MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu: 1. Keluarga 2. Hartanya 3. Amalnya Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu; 1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali 2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 1. Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu 2. Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu 3. Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu 4. Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan... 1. Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah 2. Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara 3. Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa 4. Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara" Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan 1. Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha 2. Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah Wahai Fulan Anak Si Fulan... 1. Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal 2. Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya 3. Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan." Ketika MayatDiusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 1. Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan 2. Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat 3. Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat." Ketika Mayat Siap Dishalatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 1. Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat 2. Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik 3. Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan... 1. Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan... 1. Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis 2. Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka 3. Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa." Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian.... Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku..... 1. Kini Kau Tinggal Seorang Diri 2. Tiada Teman Dan Tiada Kerabat 3. Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. 4. Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri 5. Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku 6. Hari Ini,.... 7. Akan Kutunjukan Kepadamu 8. Kasih Sayang-Ku 9. Yang Akan Takjub Seisi Alam 10. Aku Akan Menyayangimu 11. Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya". Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang 1. Kembalilah Kepada Tuhanmu 2. Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya 3. Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku 4. Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku" Anda Ingin Beramal Shaleh...? Tolong Kirimkan Kepada Rekan-Rekan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!!Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaranbagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...
Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau kapan kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita kapan kematian akan menjemput kita???
Sebarkan e-mail dakwah ini ke 5 orang terdekat Anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Cukup lima saja! Ini bukan surat ancaman berantai. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini, maka Anda telah menyia2 kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan. Mari berlomba dalam kebaikan.

Wednesday, May 16, 2007

15.kami Guru Malaysia!!!!


sambutan hari guru sekolah aku, SKDM II..GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG..
nilah pepagi je bukak blog, pahtu tinggal laptop jap..gi handle hari guru dan sukaneka..pahtu time rehat ni aku upload trus gambo aku neh..hehhehe..best giler ni!!























aku berjaya menghancurkan lagu guru malaysia dengan suara sumbang aku,pada pagi ini
(aku pakai baju ungu sebelah cekgu laki tu, nama dier cikgu mahadi..orang kuat skolah aku ni..aku muke poyo je kenape..)
SELAMAT HARI GURU SEMUA GURU DI MALAYSIA..KERJA BIAR IKHLAS!!

Tuesday, May 15, 2007

14.selamat hari GURU!!!!!!!

sebagai seorang guru, aku sangat berbangga kerana dapat memberi ilmu kepada anak didikku..so sempena hari guru esok, aku ucapkan selamat hari guru untuk semua guru seluruh Malaysia..berilah ilmu dengan ikhlas dan kerjalah dengan tabah..
GURU OH GURU
-Nukilan SN Dato Usman Awang-

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

13.KISAH TAULADAN

5 perkara aneh...
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,

“Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.
Engkau dikehendaki berbuat :-

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya.”

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti.
Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.”

Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata,
“Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.” Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”

Lantas Nabi teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung
kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya.

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan
hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:

1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita seharihari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya.

Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

12.kita dan ibu!!!

baca dan renungkan ........ Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt bersama-sama kita janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu. · KETIKA BERUSIA SETAHUN IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.APABILA BERUSIA 2 TAHUN IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.MENJELANG USIA KITA 3 TAHUNIBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI. KETIKA BERUSIA 4 TAHUNIBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.BERUSIA 5 TAHUNIBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.SETELAH BERUSIA 6 TAHUNIBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITAUCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"APABILA BERUSIA 7 TAHUNIBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.MENJELANG USIA 8 TAHUNIBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.KETIKA BERUSIA 9 TAHUNIBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA. APABILA BERUSIA 12 TAHUNIBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITAUCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.MENJELANG USIA 13 TAHUNIBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.KETIKA BERUSIA 14 TAHUNIBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN. BERUSIA 15 TAHUNIBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.MENJELANG USIA 18 TAHUNIBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.KETIKA BERUSIA 19 TAHUNIBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.BERUSIA 20 TAHUNIBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."SETELAH BERUSIA 21 TAHUNIBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."APABILA BERUSIA 22-23 TAHUNIBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN- KAWAN?. "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"MENJELANG USIA 24 TAHUNIBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH?."KETIKA BERUSIA 25 TAHUNIBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH. PADA USIA 30 TAHUNIBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, "?ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."KETIKA BERUSIA 40 TAHUNIBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."APABILA BERUSIA 50 TAHUNIBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.DAN KEMUDIAN SUATI HARIKITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG

11.siti nurhaliza..

pepagi lagik adik aku cakap siti nurhaliza dah bertenet kat watson sebab nak beli pencuci muka..terpaksa ar pegi pagi, kang kalau pegi tengahari kene serbu je..dok pasal!!hahaha
hengat muke lawo ar tu..ader ar macam clown skit..wakakakaka...