1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkansyiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahajamenekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satuadegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebihkurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukanoleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidaklogik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hinggakini.
2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabatpolis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggotapolis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polisberkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya sepertiorang berkawat malas.
3. Kebanyakan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit.Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlumenjerit ketakutan, bukannya pelakon.
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihatpelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini keranamereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnyatidak.
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cinadengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!!Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antarawanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan adabaca akhbar semalam?" .
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerjadi pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yangdigunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapibunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).
8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawadia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk dihadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus padamonitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakanMicrosoft Word!!!.
9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telahberlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuahkereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai danberlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujaniberpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kenasatu das sahaja.
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpisemata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filemseram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Iniadalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga PenapisanFilem....
tu ler..memang tongong drama melayu neh..kalau tgk desperate housewives pong aku rasa ader gak kot bahagian2 mengong tak logik tuh, cuma sarah x perasang je..kalau aku perasang kang, aku kutuk ler Sarah kang..hehehhehe..