kat bawah ni..hasil aku seludup lam berita harian ari ni..
KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu bertambah buruk apabila lebih ramai lagi mangsa banjir di empat daerah dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga pagi ini. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata, sehingga jam 7 pagi ini jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri itu meningkat kepada 3,281 orang berbanding 1,966 petang semalam. “Kuala Terengganu dan Marang paling teruk dilanda banjir setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. (banyak ni ni..hehehe)
Di Kuala Terengganu jumlah mangsa banjir ialah 1,531 orang berbanding 1,147 pada pagi semalam manakala di Marang jumlahnya meningkat kepada 999 orang berbanding 686 orang petang semalam. Di Besut jumlah mangsa banjir juga meningkat kepada 643 orang berbanding 69 orang pada petang semalam dan jumlah mangsa di daerah Setiu pula meningkat kepada 108 berbanding tujuh orang pada petang semalam. Jrucakap itu berkata 39 pusat pemindahan banjir telah dibuka di seluruh Terengganu iaitu 17 di Kuala Terengganu, masing-masing sembilan di Besut dan Marang dan empat di Setiu. (ye setiu..kete kawang ambe nasib dok hanyut je, nasib baik polis mari derah..sederah air jugoklah..ahahha..)
Beliau berkata tujuh jalan utama ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air sedalam antara 0.5 dan 1.5 meter. Jalan berkenaan ialah Jalan Pengkalan Kubur-Kampung Tembila, Jalan Permaisuri Hulu Seladang, Chalok-Telaga Papan, Jalan Marang-Wakaf Tapai, Kuala Terengganu-Kota Bharu, Kuala Terengganu-Kota Baharu (di Lingai) dan Jalan Kampung Bahagia-Kampung Jeram. Empat batang jalan yang lain pula ditutup kepada kenderaan ringan ialah Jalan Guntung Luar ke Saujana, Jalan Kampung Padang Air, Simpang 3 Kampung Tepoh dan Bukit Petiti manakala Jalan Bukit Payong km 9 hingga km10 ditutup satu lorong. Di Kelantan, semua pusat pemindahan di jajahan Jeli ditutup pada jam 10.30 pagi ini tetapi bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan lain meningkat kepada 1,455 orang berbanding 1,208 orang semalam. (nasib aku dok g shoppin maren kalu dok kete aku hanyut jugok ni..)
Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kelantan berkata Pasir Mas mencatatkan 1,082 mangsa di 12 pusat pemindahan diikuti Tumpat (271 orang), Kuala Krai (78 orang) dan Kota Baharu (24 orang). Beliau berkata semua jalan yang ditenggelami air semalam kini boleh dilalui oleh semua kenderaan kecuali Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu. Jurucakap itu berkata hanya paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya iaitu pada 10.26 meter manakala tujuh lagi sungai utama di Kelantan berada di bawah paras berjaga-jaga. - Bernama 

pelajar SMK Rantau Panjang, Kelantan..
(nyakyolah ke demo keno ngarung air nok g pekso SPM..)
gambo credit to Kosmo!
1 comment:
nyakyo gapo dier nyer..deme suko main air..tengok tu..bergelekek jer..mano ado mase muko..hehe..lainlah kalu demo ilang kuba ko..lembu ko....aku pun suke main air..tok
Post a Comment