Tuesday, November 27, 2007

In memory of Nurin Jazlin

11 September 1999 -16 September 2007

Assalamualaikum
Mungkin masih belum terlambat lagi untuk aku memberi sepatah dua kata tentang kisah Nurin..Pembunuhan kejam keatas seorang anak kecil bernama Nurin tak mungkin boleh dilupakan oleh kita semua, hingga hari ini. Malah kita tidak harus melupakan selain mangsa adik Nurin, masih ramai lagi yang senasib dengannya, yang kian kita lupa dari ingatan satu ketika dahulu, seperti adik Nurul Huda dan kanak-kanak lain yang menerima nasib yang sama. Dibunuh dengan kejam, dirogol dan sebagainya. Dan baru-baru ini juga setelah kes Nurin kian senyap kerana pembunuhnya masih belum dapat dikesan, seorang lagi mangsa terbaru berumur 9 tahun, adik Preeshena yang ditemui di bawah kondominium dipercayai dirogol dan diliwat sebelum mayatnya dicampak dibalkoni. Kejam! Teramat kejam!

Baru-baru ini, J.Co Donut and Coffee bersama Suria FM dengan beberapa selebriti telah mengadakan satu majlis untuk mengutip derma untuk keluarga simangsa dan juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kes-kes penderaan seksual kanak-kanak yang saban kali berlaku sejak beberapa tahun ini. Selebriti yang hadir seperti Adibah Noor, Cheryl Samad, Aizat AF5 dan ramai lagi, sama-sama menjayakan aktiviti yang juga dihadiri oleh Jazimin, ayah kepada Allahyarhamah Nurin.

Rakyat kita saban hari melupakan tanggungjawab bersama yang harus dipikul, kerana apa? Kerana mereka terlalu sibuk dan mungkin mentaliti orang-orang kita yang slalu tak nak ambil tahu dan tak kisah apa yang berlaku disekeliling mereka. Bila satu berita keluar dari suratkhabar atau televisyen, tentang rogol atau pembunuhan, kita pun sibuk untuk memaki hamun dan menyalahkan sesama sendiri. Kita menyalahkan ibu bapa, ibu bapa menyalahkan guru, guru menyalahkan masyarakat dan masyarakat menyalahkan kerajaan.. jadi apa kesudahannya? Yang sebetulnya, semua orang perlu ambil peranan, ibu bapa perlu memberi lebih banyak perhatian, kasih sayang dan didikan yang betul kepada anak, guru perlu menerapkan nilai-nilai mulia kepada pelajarnya, masyarakat perlu menjaga persekitarannya, dan kerajaan perlu bertindak dengan telus.
Yang paling penting, pembunuh Nurin perlu dicari dan ditangkap. Pada pendapat aku, pembunuh itu perlu diberi hukuman yang setimpal di hadapan KHALAYAK , untuk lebih memberi kesan kepada orang ramai.

STOP CHILD SEXUAL HARRASMENT!!

1 comment:

Anonymous said...

Hi Ashie023, Tembam here. I stumbled upon your blog while surfing and noted that you blogged about Nurin. Do you know that a group of bloggers who call themselves Citizens for Nurin Alert are calling for the NURIN Alert system? This is a system that will help to better coordinate the police, the media and the community to help rescue missing children alive. Read more about NURIN Alert in the latest issue of TELL magazine.
Cheers.