
5th October 2007
Happy birthday to You..MUniriza
Wish u happy all the time
Semoga Impian Menjadi Kenyataan..
Best of luck dude!!
Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa,Selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha...
Baginda Rasulullah s.a.w apabila masuk sepuluh malam terakhir (bulan
Ramadan), baginda menghidupkan malam-malam tersebut dengan mengejutkan
isterinya dan mengikat kainnya (menunjukkan kesungguhan baginda pada
malam tersebut dengan menjauhkan diri daripada bersama isteri-isterinya).
Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Aishah r.a. sabda
baginda s.a.w lagi yang bermaksud : Sesiapa yang bangun pada malam
al-Qadr (beribadat) dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah
SWT, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah SWT. (hadis
riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Kepentingan waktu malam dalam kamus Islam
Malam merupakan satu waktu yang hening dan penuh kedamaian, ia amat
sesuai untuk dilakukan amal ibadat kerana pada waktu itu, ramai di
kalangan manusia sedang tidur dan mungkin juga melakukan perkara-perkara yang
tidak disukai Allah seperti menonton pertandingan bolasepak secara
langsung dan sebagainya.
Mereka dengan sendirinya boleh terjaga dari tidur walaupun tidak
mengunci jam loceng untuk bangun, tetapi masa untuk Allah agak liat dan sukar
untuk dilakukan, sehingga mereka menzalimi diri kerana tidak sanggup
melakukan ibadat walaupun hanya dua rakaat.
Justeru, Islam melihat waktu malam adalah penting, kerana
peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam berlaku pada waktu malam seperti
turunnya al-Quran pada malam al-Qadr, penghijrahan baginda Rasulullah
s.a.w dari Mekah ke Madinah waktu malam, Israk Mikraj juga berlaku pada
waktu malam, Qiyamullail waktu malam ia tidak berlaku pada waktu siang,
kerana ia masa yang amat sesuai untuk mengadu nasib kepada Allah setelah
penat bekerja pada siang hari.
Sesungguhnya Allah SWT memuji hamba-hambaNya yang sanggup bangun waktu
malam semata-mata untuk beribadat, bermunajat kepada-Nya dan menjadikan
waktu malam bagi menempah tempat di dalam Syurga-Nya, perkara ini
disebut oleh Allah dalam ayat 16 surah as-Sajadah yang bermaksud: \"Lambung
mereka jauh dari tempat tidurnya (mereka tidak tidur di waktu biasanya
orang tidur, kerana melakukan sembahyang malam), sedang mereka berdoa
kepada Tuhan mereka dengan rasa tahut dan penuh pengharapan.\"
Firman Allah lagi dalam ayat 17-18 menerusi surah az-Zariyat: \"Mereka
(orang-orang yang bertakwa) sedikit sekali tidur di waktu malam - Dan
di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.
Malam al-Qadr di sepuluh malam terakhir Ramadan
Jelas dari apa yang disebutkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam dua
hadis di atas, membayangkan kepada kita tentang kesungguhan baginda
untuk bangun malam beribadat dan bermunajat kepada Allah, sedangkan
dosa-dosa baginda yang telah lalu dan akan datang diampunkan Allah SWT.
Bukan sahaja baginda melakukannya secara bersendirian, malah memastikan
agar isteri dan ahli keluarganya juga tidak membiarkan waktu malam
berlalu begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti kerohanian sebagai jalan
untuk menempah tempat dalam syurga.
Apatah lagi pada malam-malam terakhir Ramadan yang terdapat padanya
malam al-Qadr.
Allah SWT sebut dalam al-Quran, bahawa malam al-Qadr adalah lebih baik
dari 1000 bulan, iaitu kira-kira 83 tahun empat bulan, ini bermakna
jika seseorang itu menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan solat
fardu berjamaah, tarawih, membaca al-Quran, Qiyamullail menepati malam
al-Qadr, maka dia akan meraih pahala sebanyak 83 tahun empat bulan,
sedangkan umurnya mungkin baru mencecah 63 tahun, seolah-olah pahalanya
tahun ini melebihi dua puluh tahun daripada umurnya, inilah yang
dikatakan rahmat dan bonus setahun beribadat.
Kerana pada malam al-Qadr juga para malaikat dan malaikat Jibril turun
dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan, tugas nalaikat pula
ada yang mencatat segala amalan yang tidak akan dikurangkan atau
ditambah dengan sewenang-wenangnya.
Tetapi mengapakah masih ramai lagi di kalangan umat Islam dalam negara
kita tidak bersungguh untuk merebut peluang keemasan ini yang hanya
dating setahun sekali?
Menurut para ulama, antara sebab mengapa mereka tidak mengisi
malam-malam sepuluh terakhir Ramadan dengan amalan yang bermanfaat, kerana tidak
memiliki iman yang kental, kurang membaca al-Quran, tidak berkawan
dengan orang-orang yang bertakwa, orang-orang soleh, tidak istiqamah dalam
mengamalkan amalan-amalan Islam, tidak memiliki ilmu pengetahuan yang
cukup mengenai ajaran Islam sebenar.
Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail
Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor
penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan
solat di tengah malam seperti di bawah ini:
1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih
keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya
daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak
dalam diri.
2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai
perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah
malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada
kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para
solihin di kalngan para sahabat dan ulama.
5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu
boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda
Rasulullah s.a.w.
6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah;
\"Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan
solat.\" Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin
Azib.
7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat
Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma\'thur seperti Ma\'thurat sebelum
tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan
membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca
doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai
\'Qailulah\', iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala
kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan
hasrat untuk bangun di tengah malam.
11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai
penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun
di tengah malam.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!
Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah
selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w.
Baginda bersabda : \"Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam,
sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu,
ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala
dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar
kepada penyakit yang ada di tubuh.\" Hadis riwayat Imam Ahmad dan
Tirmizi. - mks.
INI SEMUA LECTURER AKU HANTOR..TQ SIR HABIB
upacara siang ikan keli..takut mok mung..ikan keli kecik, aku dok makang sebab aku makan ikan patin doh 2 hari lepas..muak pulok!!



Team laki plak..harap kat Bob gemuk tu je..tapi sian gak kat dier..peluh menitik masuk makanan, kene buang makanan tu..hehhe..pahtu peluh dier (yark!!) asyik menitik je...RAmsey memang marah giler kat dier..sian ke dier..tapi last2 tu leh kuarkan 4 order ler..kire blehlah, tapi x sedap pong...